Oleh-oleh dari Konvensyen Wanita Islam di Selangor Malaysia

07 September 2018

Oleh : admin

mushida

Oleh Zahratun Nahdhah*

ATAS izin Allah, pada hari Ahad tanggal 1 September 2018 yang lalu, kami rombongan dari Muslimat Hidayatullah yang berjumlah 8 orang dapat menghadiri undangan acara Konwanis 2018 yang berlangsung di Plenary Hall Putrajaya International Convention Centre (PICC) Selangor, Malaysia.

Konvensyen Wanita Islam Nasional (Konwanis) 2018 yang mengambil tema “Wanita Bahagia, Negara Sejahtera” menjawab pertanyaan tersebut secara tuntas dan komprehensif, melalui sesi demi sesi acara yang menampilkan para pakar di bidangnya.

Konwanis ini merupakan sebuah konvensyen yang rutin diselenggarakan oleh Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Wanita ISMA) setiap 2 tahun sekali, membahas dan memperbincangkan isu-isu kontemporer seputar wanita.

Dalam sambutannya, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ust Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam Ucaptama Perasmian Konwanis 2018 di Plenary Hall Putrajaya International Convention Centre (PICC) Selangor, Malaysia, Ahad (1/9/2018), mengatakan masalah dan tantangan utama dihadapi wanita pada hari ini adalah modenisasi. Demikian dikatakan

“Ini secara langsung, telah memberi kesan kepada kehidupan wanita dari segi peranannya, identitinya dan juga bagaimana mereka boleh hidup bahagia dalam perkembangan ini. Ini menuntut kefahaman dan kecekapan dalam mengurus kehidupan,” katanya.

Ust Abdullah Zaik menegaskan, hari ini kita juga terpengaruh dengan idea-idea asing. Belum sempat kita faham apa yang berlaku pada diri kita, kita dimomokkan dengan seruan-seruan kebebasan, kesamarataan wanita dan lelaki.

“Kita dimaklumkan imej dan persepsi bahawa wanita Islam ini terkebelakang, ortodok, tidak maju kerana tidak mengikut trend, pemikiran barat, dan kebebasan mengikut definisi mereka,” katanya.

Karen itu, beliau menegaskan kita harus kekal memperjuangkan hak kehidupan fitrah seorang wanita daripada pihak berkenaan supaya memberi pengiktirafan kepada wanita untuk mengekalkan kedudukan yang fitrah bagi wanita.

“Wanita memerlukan waktu untuk mendidik anak-anak yang merupakan generasi masa hari ini dan hadapan. Mereka perlukan masa dan suasana yang kondusif untuk bersama keluarga dan mengurus anak-anak,” ungkapnya.

Pembentangan pada sesi 2 oleh Dr. Nornajwa Ghazali, Pensyarah Pendidikan Islam & Moral, IPG Kampus Ipoh, membawakan materi berjudul “Pengurusan Emosi Dalam Keluarga Bahagia”.

Nornajwa mengatakan emosi akan sentiasa mengkuti kita. Ia ialah sebahagian daripada kita. IQ kita tidak menentukan kecerdasan emosi seseorang

“Semua orang inginkan kebahagiaan. Tetapi emosi boleh menjadi penghalang kepada kebahagiaan,” tuturnya.

Dia menerangkan, Al Qur’an banyak merakamkan tentang emosi. Setiap tindakan manusia akan melahirkan pelbagai emosi. Justeru, Al Quran menjadi petunjuk bagi manusia untuk mengendalikan pelbagai bentuk emosi ini.

Lebih kata dia, apabila seseorang yang dikuasai emosi, ini bukan memudaratkan diri sahaja tetapi suami, keluarga, anak-anak dan juga akan terdedah kepada pelbagai penyakit lain.

Apabila emosi menguasai sesoarang, produktiviti akan menurun, mengakibatkan ibu tidak dapat menguruskan hal rumah tangga dan kerja dengan baik. Ini dapat memberi impak kepada kesejateraan negara kerana institusi keluarga adalah akar kepada kesejateraan negara”. 

“Wanita dan emosi disifatkan oleh Rasulullah seperti botol-botol kaca. Harus dikendalikan dengan teliti dan penuh kasih sayang. Kita harus kasih pada diri kita sendiri,” katanya.

Menurut beliau, orang yg dikuasai emosi tidak akan dapat mencipta sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang. Demi melahirkan anak anak yang lebih hebat, kita harus kuat dari segi emosi.

Dalam surah Al Mulk, Allah telah berfirman bahawa kita adalah hamba yang sentiasa diuji. justeru, perlu ada self-regulation ataupun kita kena kenal emosi kita kini bagaimana”.

“Kita jangan lihat kelemahan pasangan kita ataupun ibu bapa kita tetapi fokus pada kelebihan-kelebihan meraka. Jangan gemar membandingkan-bandingkan situasi kita dengan orang lain. Walau perkara kecil, tetapi akan memberi impak kepada emosi seorang suami atau pasangan kita,” kata Nornajwa.

“Bagi mereka yang sudah berkahwin, ingatlah bahawa maqasid perkahwinan sangat mulia. Ianya wujud untuk memberi ketenteraman jiwa, kebahagiaan dan ketenangan kepada kita. Perkara ini perlu dimuhasabah dari masa ke masa supaya kita tidak keluar daripada landasan misi kita,” pungkasnya.

Pada sesi lainnya diangkat tema “Sirah Sahabiah, Hidup Penuh Ibrah” oleh Ustazah Norakhilah Baharin. Beliau adalah Pengerusi Ikatan Guru Muslimin Malaysia (iGuru), Perak.

“Mari kita ingat kembali kisah Rasulullah termenung mengenangkan umatnya. Baginda merindui kita. Tetapi kita bagaimana? Kalau kita tanya anak-anak kita siapa Asma’, Fatimah, Nusaibah adakah mereka kenal tokoh-tokoh ini,” kata Norakhilah.

Norakhilah mengungkapkan keistimewaan sahabiah ini, Allah bagi satu kebijaksanaan kepada mereka iaitu kapasiti otak dan akal mereka. Otak kita dikuasai oleh Allah pemilik alam ini.

“Kita sebagai wanita harus mencontohi kisah Khadijah dan peribadinya. Khadijah dalam keadaan sakit, Rasulullah berlari tepi dinding ulang alik ke Khadijah, tidak sanggup melihat Khadijah sakit,” kata beliau.

Beliau menjelaskan bahwa malaikat menyampaikan berita gembira pada Khadijah, bahawa dia akan masuk syurga! Ulama’ hadis mengatakan ini kerana Khadijah adalah isteri yang tidak pernah meninggikan suara di hadapan suaminya. Bukansemata-mata kerana mewaqafkan hartanya ataupun memberikan zuriat pada Rasulullah.

“Rahsia kekuatan sahabiat terletak pada pendidikan secara taufiki. Ianya adalah pendidikan di mana Al Quran menjadi dasar pendidikan,” ujanya.

Pada sesi ke 4 dibahas tema “Misi Kemanusiaab: Melihat Wanita Merentas Sempadan” yang diisi oleh Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, IMU & Hospital Tuanku Ja’afar). 

Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin mengungkapkan bahwasanya otak manusia lembut seperti tahu. Aktiviti manusia boleh memberi kesan kepada kesihatan otak dan tingkah laku manusia. Contohnya, kekurangan air boleh menyebabkan prestasi otak menurun.

“Penting untuk kita mengenali keadaan otak kita. Misalnya, otak wanita dan lelaki berbeza. Hippocampus, ataupun pusat memori wanita lebih besar berbanding lelaki. Sebab itulah umumnya wanita cenderung untuk ingat lebih banyak perkara yang berlaku padanya berbanding lelaki,” jelas beliau.

ZAHRATUN NAHDHAH