Tantangan Utama Wanita Zaman Sekarang adalah Modernisasi

02 September 2018

Oleh : admin

mushida

SELANGOR – Masalah dan tantangan utama dihadapi wanita pada hari ini adalah modenisasi. Demikian dikatakan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ust Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam Ucaptama Perasmian Konwanis 2018 di Plenary Hall Putrajaya International Convention Centre (PICC) Selangor, Malaysia, Ahad (1/9/2018).

“Ini secara langsung, telah memberi kesan kepada kehidupan wanita dari segi peranannya, identitinya dan juga bagaimana mereka boleh hidup bahagia dalam perkembangan ini. Ini menuntut kefahaman dan kecekapan dalam mengurus kehidupan,” katanya.

Ust Abdullah Zaik menegaskan, hari ini kita juga terpengaruh dengan idea-idea asing. Belum sempat kita faham apa yang berlaku pada diri kita, kita dimomokkan dengan seruan-seruan kebebasan, kesamarataan wanita dan lelaki.

“Kita dimaklumkan imej dan persepsi bahawa wanita Islam ini terkebelakang, ortodok, tidak maju kerana tidak mengikut trend, pemikiran barat, dan kebebasan mengikut definisi mereka,” katanya,

Karen itu, beliau menegaskan kita harus kekal memperjuangkan hak kehidupan fitrah seorang wanita daripada pihak berkenaan supaya memberi pengiktirafan kepada wanita untuk mengekalkan kedudukan yang fitrah bagi wanita.

“Wanita memerlukan waktu untuk mendidik anak-anak yang merupakan generasi masa hari ini dan hadapan. Mereka perlukan masa dan suasana yang kondusif untuk bersama keluarga dan mengurus anak-anak,” ungkapnya.

Konvensyen Wanita Islam Nasional (Konwanis) 2018 yang mengambil tema “Wanita Bahagia, Negara Sejahtera” menampilkan narasumber pakar di bidangnya. Muslimat Hidayatullah turut menjadi peserta dan undangan istimewa helatan akbar ini.

Konwanis ini merupakan sebuah konvensyen yang rutin diselenggarakan oleh Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Wanita ISMA) setiap 2 tahun sekali, membahas dan memperbincangkan isu-isu kontemporer seputar wanita.

Acara Konwanis kali ini diikuti oleh lebih dari 3 ribu orang yang datang dari berbagai penjuru Malaysia, juga dari Indonesia dan Brunei Darussalam.

ZAHRATUN NAHDHAH